MARANG: Syarikat pengeluar susu kambing terbesar di Malaysia, Tenox Agrobusiness (M) Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak RM3 juta menjelang Disember tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Hariz Nordin berkata, ia peningkatan hampir 50 peratus berbanding jualan RM2 juta yang direkodkan tahun lalu. Menurutnya, syarikat optimis dapat mencapai sasaran itu berdasarkan jualan RM900,000 yang telah direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. “Ketika ini pengeluaran susu kambing dengan kaedah UHT (ultra heat temperature) adalah sebanyak 90,000 botol sebulan. Syarikat akan meningkatkan kapasiti pengeluaran sekali ganda dalam masa terdekat untuk mencapai sasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya