PETALING JAYA: Prestasi perdagangan Malaysia merosot, jatuh 16.3 peratus pada Jun lalu kepada RM222.1 bilion daripada RM265.4 bilion tempoh sama tahun lalu. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seiring dengan itu, eksport dan import juga mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 14.1 peratus dan 18.9 peratus. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penurunan eksport didorong oleh kedua-dua eksport domestik dan eksport semula. Beliau berkata, eksport domestik bernilai RM93.8 bilion, menyumbang 75.7 peratus kepada jumlah eksport, mencatatkan penurunan 15.2 peratus pada bulan dikaji. Eksport semula pula berjumlah RM30.2 bilion, menyusut 10.3…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya