MALAYSIA merupakan negara yang mempunyai rangkaian saluran runcit yang pelbagai. Dengan pertumbuhan e-dagang dan logistik yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia mengalami lonjakan permintaan untuk barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) semasa pandemik (Covid-19) di mana ia mencapai kadar pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 6.6 peratus pada 2020.
Walaupun kawasan bandar telah berkembang maju, penggunaan di kawasan luar bandar masih merupakan aspek penting dalam ekonomi Malaysia. Malah, kira-kira 22 peratus rakyat Malaysia tinggal di kawasan luar bandar. Walaupun terdapat pertumbuhan positif dalam penggunaan di kawasan luar bandar, langkah penting yang seterusnya adalah untuk merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar ini untuk memastikan kedai runcit tradisional dan jenama boleh berkembang maju bersama.
Kepentingan Kedai Runcit Tradisional dalam Komuniti Luar Bandar
Walaupun dengan kebangkitan pasaran runcit dan perniagaan e-dagang, perniagaan kecil tempatan masih memainkan peranan penting dalam komuniti luar bandar. Kedai-kedai runcit tradisional ini telah berkhidmat kepada komuniti mereka sejak beberapa generasi, dan pengguna luar bandar biasanya masih kekurangan akses kepada pasaraya dan e-dagang yang membawa kepada akses yang sangat terhad kepada pelbagai barangan. Produk FMCG seperti makanan dan minuman, barangan perumahan, dan produk kebersihan dan kesihatan adalah penting untuk kemandirian masyarakat luar bandar.
Pada saat ekonomi dunia sedang mengalami inflasi, rakyat Malaysia juga telah menyesuaikan tabiat membeli-belah mereka. Dalam usaha untuk menceburi pasaran luar bandar di Malaysia, jenama FMCG perlu memahami corak perbelanjaan pasaran di luar bandar dengan memastikan adanya pendekatan strategik. Dengan cara ini, jenama dan perniagaan boleh mahir dalam memahami keperluan dan kehendak mereka setiap hari.
Pendapatan, gaya hidup, budaya dan akses kepada produk adalah beberapa faktor utama dalam menentukan corak penggunaan unik masyarakat luar bandar. Memandangkan jarak menjadi isu yang harus ditempuhi oleh komuniti ini, penduduk luar bandar berpendapat bahawa mereka lebih memilih untuk memasak di rumah dan membeli belah di kedai runcit tradisional berdekatan. Hal ini kerana ia lebih mudah dan mempunyai produk dengan harga yang berpatutan dengan gaya hidup mereka.
Cabaran Pengagihan FMCG di Luar Bandar
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh jenama dalam proses pengedaran produk FMCG di kawasan luar bandar. Pertama sekali, landskap pengedaran di kawasan ini sangat bergantung kepada pemborong dan stokis yang menyediakan sokongan pengedaran terhad. Kekurangan rangkaian pengedaran dan infrastruktur yang baik boleh mengakibatkan kelewatan dan kesukaran untuk menghantar barangan keperluan harian ke kedai di kawasan luar bandar.
Selain itu, terdapat kesukaran untuk melihat pada inventori stok untuk setiap kedai. Disebabkan ketiadaan susulan tetap dengan pemilik kedai dan sistem penjejakan inventori moden, jenama FMCG sukar untuk mengagak permintaan dengan tepat dan menghadapi cabaran dalam mengekalkan ketersediaan produk yang mencukupi.
Akhir sekali, penduduk di kawasan luar bandar amat mementingkan hubungan peribadi dalam apa jua transaksi perniagaan. Dalam usaha untuk berjaya dalam pasaran kawasan luar bandar, jenama FMCG perlu meluangkan masa membina hubungan baik dengan peruncit kedai tradisional untuk mendapatkan kepercayaan dan kesetiaan mereka. Pendekatan berasaskan perhubungan ini memerlukan kesabaran dan dedikasi untuk bertapak di pasaran luar bandar.
Menghubungkan Jenama FMCG dengan Kedai dan Peruncit Luar Bandar
Jenama FMCG juga telah mula meneroka peluang perkongsian baharu dengan pengedar pihak ketiga. Berbeza dengan pemborong dan stokis, pengedar ini telah mengukuhkan dan membangunkan hubungan yang baik dengan kedai runcit tradisional di kawasan luar bandar sambil mengekalkan kos pelaburan yang rendah dalam sektor logistik. Strategi pengedaran langsung ini, yang digunapakai sebelum COVID tiba, telah dipercepatkan untuk meningkatkan rangkaian pengedaran mereka.
Ninja Mart merupakan platform pengedaran yang menghubungkan jenama dan produk mereka ke pasaran luar bandar dan peruncit bebas yang dimiliki oleh syarikat logistik ekspres berteknologi, Ninja Van Malaysia. Dengan memanfaatkan kepakaran penghantaran jarak jauh di seluruh Malaysia termasuk kawasan yang sukar dicapai, penyedia perkhidmatan logistik dapat menawarkan penyelesaian yang ideal untuk jenama FMCG dengan peluang untuk berkembang lebih jauh ke kawasan luar bandar. Ninja Mart juga dapat membantu jenama mengumpulkan data untuk mengenalpasti keperluan, minat dan pilihan peruncit. Untuk memastikan ekonomi luar bandar yang kukuh, kedai runcit tradisional harus mendapat akses yang sama kepada pelbagai produk dan pada masa yang sama, jenama juga boleh mengembangkan rangkaian mereka ke jangkauan yang lebih luas.
Artikel ini sumbangan Ninja Mart.