PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Bhd. mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang lembab pada suku ketiga tahun ini kepada 3.4 peratus berbanding unjuran 6.0 peratus bagi suku kedua, disebabkan oleh kesan asas yang lebih rendah yang berkurangan. Firma penyelidikan itu dalam laporan pandangan ekonominya berkata, unjuran tersebut juga didorong oleh jangkaan kelembapan ekonomi global yang akan membebankan sektor berorientasikan eksport komoditi dan pembuatan. Bagi suku ke suku, firma penyelidikan itu mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 2.2 peratus kerana momentum dijangka perlahan di tengah kelembapan ekonomi global akibat dasar pengetatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya