KDNK PMKS melonjak 11.6 peratus - Utusan Malaysia

KDNK PMKS melonjak 11.6 peratus

Dasar gaji progresif dijangka dapat membantu menaikkan lebih sejuta pekerja terutama pekerja sektor PMKS.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia mencatat pertumbuhan 11.6 peratus pada 2022, melebihi pertumbuhan keseluruhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara iaitu 8.7 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan berkenaan menunjukkan kepentingan PMKS semakin meningkat dalam memacu perkembangan ekonomi.

Menurut beliau, sumbangan PMKS kepada KDNK juga meningkat kepada 38.4 peratus berbanding 37.41 peratus pada 2021, manakala nilai ditambah berjumlah RM580.4 bilion pada 2022 berbanding RM520 bilion tahun sebelumnya.

Beliau berkata, sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK PMKS sebanyak 84.6 peratus dan meningkat kepada RM670.1 bilion dari segi nominal
berbanding RM575.5 bilion yang dilaporkan pada 2021, dengan prestasi PMKS pada tahun lalu melepasi paras prapandemik pada 2019.

“Sektor perkhidmatan kembali pulih kepada 16.4 peratus berbanding penurunan sebanyak
0.6 peratus pada tahun sebelumnya disokong prestasi yang lebih baik dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan sebanyak 15.9 peratus dan Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan sebanyak 16.9 peratus.

“Selain itu, subsektor Pengangkutan da penyimpanan dan maklumat dan komunikasi juga mencatatkan peningkatan 17.8 peratus, manakala sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus, sedikit lebih rendah berbanding pertumbuhan 8.4 peratus pada 2021.

“Ini didorong oleh pertumbuhan positif dalam semua subsektor, terutamanya dalam produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 2.6 peratus dan makanan, minuman dan tembakau 4.8 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzair berkata, eksport PMKS turut berkembang 16.3 peratus pada tahun lalu sebanyak RM144.5 bilion berbanding 5.4 peratus tahun sebelumnya.

Ujar beliau, pertumbuhan berkenaan dipacu sektor pembuatan dengan 19.5 peratus berbanding 16.7 peratus tahun 2021 serta sektor perkhidmatan yang memulih kepada 5.7 peratus berbanding -22.6 peratus pada 2021.

“Bagaimanapun sektor pertanian merekodkan pertumbuhan lebih perlahan pada kadar 6.2 peratus berbanding 20.4 peratus pada tahun 2021.

“PMKS merangkumi 10.5 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2022, terdiri daripada sektor Pembuatan (8.3 peratus), Perkhidmatan (2.0 peratus) dan Pertanian (0.2 peratus),” katanya.

Beliau berkata, sumbangan guna tenaga PMKS kepada guna tenaga negara pada tahun lalu meningkat 0.4 mata kepada 48.2 peratus berbanding 47.8 peratus tahun sebelumnya.

“Pada tempoh yang sama, bilangan guna tenaga PMKS terus merekodkan peningkatan dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih besar iaitu 3.8 peratus, mencatatkan sejumlah 7.59 juta orang daripada 7.32 juta pada 2021.

“Mengikut aktiviti ekonomi, guna tenaga PMKS meningkat bagi kesemua sektor kecuali sektor pertanian yang berkurang sebanyak 0.4 peratus, merangkumi 788 ribu orang atau 42.3 peratus daripada keseluruhan guna tenaga sektor berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, produktiviti buruh PMKS yang diukur sebagai nilai ditambah pekerja turut meningkat 7.5 peratus tahun lalu berbanding 0.5 peratus pada 2021 dengan merekodkan nilai produktiviti sebanyak RM76,433 per pekerja, melepasi nilai semasa prapandemik pada tahun 2019 iaitu RM75,625 per pekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya