JLand Group kukuhkan komitmen terhadap integriti

JLand Group kukuhkan komitmen terhadap integriti

Jland
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: JLand Group Sdn. Bhd. (JLG), cabang hartanah dan infrastruktur Johor Corporation (JCorp), menunjukkan komitmen teguh mereka ke arah menegakkan integriti di seluruh operasinya.

Kumpulan tersebut menandatangani Ikrar Bebas Rasuah untuk menegaskan pendiriannya terhadap integriti dan memerangi rasuah.

Pengarah, Bahagian Hartanah & Infrastruktur (REID) JCorp yang juga Timbalan Pengerusi JLG , dan Pengarah Urusan, JLG, Muaazam Mahmud,  menandatangani ikrar itu, di hadapan  Presiden dan
Ketua Eksekutif JCorp dan Pengerusi JLG,Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim,disaksikan oleh Pengerusi Damansara Holdings Berhad, Datuk Nor Azri  Zulfakar, dan Ketua Unit Pemeriksaan dan
Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Johor, Koo Lik Chi,.

“Ikrar itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha JLG untuk memacu tadbir urus yang lebih baik dan menegakkan integriti. Dengan menandatangani ikrar itu, kami juga mengukuhkan dedikasi kami terhadap ketelusan, kebertanggungjawapan dan pengendalian perniagaan bertanggungjawab dalam organisasi kami.

“Ini sejajar dengan Prinsip T.R.U.S.T. di bawah Garis Panduan Prosedur Mencukupi, di mana Pengurusan Tertinggi komited untuk memastikan pematuhan penuh terhadap undangundang dan peraturan yang berkaitan dengan antirasuah, dan untuk mewujudkan pendirian Kumpulan terhadap sebarang amalan rasuah,” kata Akmal.

Bersempena dengan menandatangani ikrar itu, JLG menganjurkan Ceramah Integriti bertemakan “Fostering the Culture of Integrity: Managing Its Risks & Corporate Liability” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab pengarah dan eksekutif tertinggi, dan implikasi peruntukan liabiliti korporat ke atas organisasi komersial.

Sesi itu juga membentangkan pandangan dan kajian kes mengenai amalan terbaik yang berkaitan dengan pengurusan risiko integriti dalam organisasi. Lebih daripada 160 ahli Lembaga dan pengurusan atasan syarikat-syarikat JLG menghadiri ceramah tersebut manakala lebih kurang 200 orang menyaksikan majlis tersebut secara dalam talian.

Ceramah itu adalah bukti komitmen JLG untuk memupuk dan mengamalkan integriti serta menekankan kepentingan integriti, memahami implikasinya yang mendalam, dan untuk mengukuhkan rangka kerja tadbir urus  Kumpulan yang mantap.

Dalam menegakkan integriti, Kumpulan telah menggerakkan beberapa inisiatif utama termasuk Polisi Antirasuah, Polisi Hadiah & Derma dan Konflik kepentingan. Selain itu, JLG juga telah melaksanakan platform  pemberitahuan maklumat (Whistleblowing),menetapkan Had Kuasa untuk perwakilan kuasa dan autoriti, dan pengisytiharan aset.

Proses perolehan juga telah diperkukuh dengan usaha wajar yang lebih baik dan penyertaan kakitangan, vendor dan pihak berkepentingan lain dalam I-Pledge.

Dalam memastikan komitmen jangka panjang terhadap penekanan ini, JLG akan terus melaksankan program pendidikan dan latihan komprehensif serta libat urus dengan SPRM, untuk memperkasa pekerja dan pihak berkepentingan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan  untuk membuat keputusan perniagaan yang beretika.

Penekanan integriti JLG diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) – SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Teguh – yang menggalakkan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya