Harga purata MSM merosot 10.6 peratus pada Julai - Utusan Malaysia

Harga purata MSM merosot 10.6 peratus pada Julai

Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIDF Research mengekalkan penarafan ‘neutral’ terhadap sektor perladangan domestik ekoran permintaan yang lebih lemah daripada negara pengimport utama.

Firma penyelidikan itu dalam satu nota kajian berkata, harga purata MSM pada Julai merosot sebanyak 10.6 peratus tahun ke tahun (yoy) dan 35.6 peratus dari awal tahun hingga hari ini (ytd) pada RM3,845 per tan.

Bagaimanapun katanya, harga MSM menyaksikan beberapa sokongan berikutan tindakan Russia menarik diri daripada perjanjian bijirin serta kesan E-Nino yang berterusan.

“Sehingga Julai, harga MSM berada pada purata RM3,845 per tan, meskipun kami meramalkan intensiti perang boleh menyokong harga MSM untuk berlegar sekitar paras RM3,600 hingga RM4,200.

“Kami juga ingin mengulangi jangkaan bahawa harga MSM akan turun berikutan musim tanaman yang tinggi dalam beberapa bulan akan datang lagi,” katanya.

Menurut firma tersebut, risiko utama penurunan harga MSM kekal dengan faktor permintaan yang rapuh ekoran tekanan inflasi yang kembali dan ditambah dengan perbelanjaan isi rumah yang ketat pada kadar faedah asas yang tinggi di peringkat tempatan dan global.

Jelasnya, pariti diskaun yang mengecil di antara harga MSM dan Minyak Soya (SBO) pada purata AS$89.7 tan metrik (penurunan 65 peratus yoy) pada suku kedua 2023 juga turut menyumbang kepada penurunan harga MSM.

“Secara keseluruhan, kami melihat pendapatan syarikat perladangan akan kekal bagi separuh kedua tahun ini berikutan normalisasi harga MSM didorong oleh permintaan yang lebih lemah dalam kalangan negara pengimport utama.

“Ringkasnya, kami berpandangan ‘neutral’ terhadap prospek pendapatan sektor perladangan bagi tahun ini memandangkan kami berpendapat perkembangan baru-baru ini akan memberikan kenaikan harga jangka pendek dalam pasaran minyak sayuran,” katanya.

Mengulas mengenai permintaan sektor perladangan, MIDF Research berkata, eksport minyak sawit (PO) pada Jun lalu menunjukkan permintaan tidak ketara sebanyak 1.2 tan iaitu peningkatan 8.6 peratus bulan ke bulan (mom) berikutan diskaun premium yang mengecil berbanding SBO pada suku kedua 2023.

“Berdasarkan asas sehingga kini (ytd), stok penutup PO di negara pengimport utama masih berada pada tahap tinggi, seperti India (+76.6 peratus ytd), China (+100 peratus ytd), Pakistan (+69.8 peratus ytd) dan Bangladesh (>100 peratus ytd).

“Ini disebabkan oleh bekalan bawaan yang lebih tinggi daripada peningkatan import pada tahun pemasaran sebelumnya. Justeru, permintaan dijangka lembap pada separuh kedua tahun ini memandangkan ketiadaan sebarang perayaan akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya