PETALING JAYA: Honda Malaysia melancarkan Winsome Runabout Vehicle (WR-V) baharu pada harga bermula pada RM89,900 dan dijangka akan menguasai trend kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil di Malaysia. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, model yang didatangkan dengan empat varian tersebut sudah menerima lebih 2,500 tempahan sejak Jun lalu. Beliau berkata, Honda menetapkan sasaran jualan bulanan sebanyak 1,300 unit untuk model tersebut berikutan peningkatan permintaan dalam segmen berkenaan kerana model itu luas dan praktikal, menawarkan prestasi pemanduan serta keselesaan yang baik. “Kami percaya SUV kecil ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya