PETALING JAYA: Duopharma Biotech Berhad akan melabur sehingga AS$1 juta (RM4.55 juta) ke dalam syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), The Live Green Co (TLGC) selepas menerima kelulusan daripada Lembaga Pengarahnya. Pelaburan itu akan menyaksikan Duopharma Biotech memperoleh saham dalam TLGC, membolehkan syarikat mendapatkan hak pembuatan, pemasaran dan pengedaran untuk produk yang dibangunkan bersama di Asean. Pelaburan itu berikutan pemeteraian Perjanjian Kerjasama antara Duopharma Biotech dan Live Green Co. pada tahun lalu untuk meneroka penggunaan bahan tumbuhan dan teknologi untuk menggantikan haiwan, bahan sintetik dan ultra-diproses dalam produk farmaseutikal dan makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya