PETALING JAYA: Petotum, syarikat teknologi inovatif yang mengkhusus dalam penyelesaian teknologi haiwan peliharaan, mengumumkan kerjasama dengan Etiqa General Insurance Berhad. Kerjasama strategik itu untuk merevolusikan ekosistem, menyediakan liputan dipertingkat dan perkhidmatan yang diperkemas untuk pemilik haiwan peliharaan di negara ini. Perkongsian itu juga menyatukan kepakaran kedua-dua syarikat dalam insurans dan teknologi, untuk menangani keperluan haiwan peliharaan yang semakin berkembang dalam era digital masa kini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Petotum, Afifah Basir, kerjasama itu selaras dengan misi syarikat untuk meningkatkan kehidupan haiwan peliharaan melalui teknologi inovatif. “Dengan menyepadukan ekosistem kami dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya