Pertamina, Petronas rancang ambil alih kepentingan Shell

Pertamina, Petronas rancang ambil alih kepentingan Shell dalam projek Masela Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Syarikat tenaga negara, Pertamina dan Petronas merancang untuk bersama-sama mengambil alih kepentingan Shell dalam projek gas Masela Indonesia, kata Menteri Tenaga Indonesia, Arifin Tasrif.

Menurut laporan Reuters, Shell telah berusaha untuk melepaskan 35 peratus bahagiannya dalam Masela dan pihak berkuasa Indonesia berminat untuk syarikat-syarikat itu menyelesaikan perjanjian bagi meneruskan projek itu selepas tertangguh bertahun-tahun.

“Mereka berdua sedang melakukan rundingan,” kata Arifin Tasrif kepada Reuters merujuk kepada Pertamina (Indonesia) dan Petronas (Malaysia).

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar persidangan Energy Asia di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Petronas.

Katanya, kedua-dua syarikat perlu memuktamadkan jenis skim bersama yang mereka sediakan.

Petronas berkata, mereka secara aktif mencari peluang baharu untuk memastikan syarikat itu kekal berdaya tahan dalam landskap tenaga yang berkembang.

Bagaimanapun, Petronas enggan mengulas secara khusus mengenai projek Masela.

Jurucakap Shell berkata, syarikat itu tidak dapat mengulas mengenai aktiviti portfolio yang sedang berjalan.

Indonesia menyaksikan pengeluaran minyak dan gas yang lembap dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh penyusutan blok, manakala beberapa projek baharu utama, seperti Masela dan Indonesia Deepwater Development (IDD). menghadapi kelewatan.

Ini berikutan syarikat utama seperti Shell dan Chevron Corp (CVX.N) keluar daripada projek sebagai sebahagian daripada strategi global mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya