Pelaksanaan Sistem MES atasi kekurangan tenaga kerja

Pelaksanaan Sistem MES atasi kekurangan tenaga kerja

SEKTOR pembuatan dijangka terus berkembang sepanjang tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

 Sektor pembuatan merupakan antara sektor yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja sehingga mengakibatkan industri terlibat mengalami kerugian besar kerana gagal memenuhi permintaan pasaran.

Justeru, penggunaan sistem pintar perlu ditingkatkan bagi mengurangkan atau mengatasi  masalah tersebut.

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, SHAFIQAH SHUKOR, Pengurus Negara Kanan Epicor Malaysia, BEN LIM (GAMBAR) berkongsi mengenai bagaimana sistem pelaksanaan pembuatan (MES) dapat membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara ini.

Ikuti perkongsian beliau dalam temubual eksklusif tersebut.

BEN LIM

 

UTUSAN: Bagaimana Sistem Pelaksanaan Pembuatan (MES) dapat membantu mengatasi kekurangan tenaga kerja?

BEN LIM: MES dapat membantu industri pembuatan mengatasi kekurangan tenaga kerja dengan meningkatkan proses kemasukan  pekerja baharu menerusi dokumentasi dan video latihan, arahan kerja terbenam dan gambar bahagian serta arahan Kerja Digital Pemandu Terbenam atau Embedded Guided Digital Operator Work Instructions.

Kerja Digital Pemandu Terbenam ialah pilihan kesukaan  saya kerana skrin boleh memberi panduan kepada pengendali melalui tugas atau proses dan memastikan bahawa pengendali melaksanakan tugas tersebut mengikut spesifikasi, jadi melalui  integrasi dengan peralatan yang digunakan oleh pekerja, kita boleh memeriksa dan memastikan tindakan yang mereka lakukan adalah betul dan dilaksanakan dengan betul.

Sebagai contoh,  jika mereka perlu mengetatkan nat, kita boleh memastikan mereka memegang peranti pada sudut yang betul dan telah menggunakan jumlah tork yang betul untuk mengetatkan nat.

Sistem MES seringkali mempunyai mekanisme untuk meminta bantuan. Sebagai contoh, Epicor Advanced MES mempunyai butang sentuh yang mudah bagi meminta bantuan dan pengendali juga boleh meminta bantuan daripada penyelia dan lain-lain.

Panggilan tersebut termasuk  melalui teks, e-mel, suara melalui sistem siaraya  dan sebagainya.

Ia meningkatkan kecekapan, keupayaan untuk menghasilkan lebih banyak dengan menggunakan sumber yang paling minimum. Organisasi tidak perlu mengambil lebih ramai pekerja apabila kecekapan dipertingkatkan.

Automasi kualiti dengan memantau parameter-proses pada mesin, kita dapat mengenal pasti jika suatu bahagian itu  baik atau buruk ketika dalam proses penghasilan.

Ini dapat membantu mengurangkan keperluan tenaga kerja melalui  beberapa cara iaitu tidak perlu meluangkan masa untuk memperbaiki produk berkualiti rendah dan mencegah bahagian yang tidak berfungsi  daripada bergerak lebih jauh dalam aliran pengeluaran.

Menghentikan penghasilan produk berkualiti rendah, mengurangkan keperluan untuk pemeriksaan kualiti secara manual, menghentikan  produk berkualiti rendah daripada sampai ke pihak pelanggan dan kemudian perlu menghantar seseorang untuk mengenal pasti  produk yang tidak berfungsi atau berkualiti  di lokasi pelanggan.

Pengesanan Kemajuan sistem MES dapat membantu majikan untuk lebih memahami dengan lebih jelas operasi perniagaan dan cara melaras dan mengoptimumkan aliran kerja. Memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang bilangan bahagian yang perlu dibuat dan seberapa cepat bahagian itu perlu dikeluarkan.

Ia juga membolehkan operator  membuat keputusan yang lebih baik dengan lebih yakin dan boleh menggalakkan penambahbaikan  kecekapan.

Tugas-tugas seperti menentukan nombor bahagian yang sedang dihasilkan, membuat pengiraan secara manual, atau menulis maklumat dapat menjejaskan  produktiviti. Dengan mengautomasi pengumpulan data, para pekerja tidak meluangkan  masa mengira bahagian dan menulis catatan, dan mereka lebih fokus untuk menghasilkan produk berkualiti.

Pengekalan  tenaga kerja dapat ditingkatkan, pekerja lebih suka bekerja di tempat kerja yang dilengkapi dengan alat yang diperlukan untuk berjaya.

Antara muka operator  yang mudah digunakan bagi  memasukkan data adalah penting untuk kepuasan dan prestasi pekerja yang optimal.

Keupayaan ‘meminta bantuan’ yang sedia ada  juga bermaksud pekerja boleh mendapatkan bantuan jika perlu.

Teknologi juga mendorong pengekalan tenaga kerja dengan lebih baik dan dapat memudahkan proses pengambilan pekerja.

 

Apakah antara manfaat MES bagi industri yang mengalami kekurangan tenaga kerja?

Selari  dengan perkara di atas, terdapat beberapa manfaat yang lebih terperinci, termasuk proses pengambilan  pekerja yang lebih cepat, penambahbaikan kecekapan, penambahbaikan kualiti dan pengekalan tenaga kerja.

 

Apakah peranan MES dalam mengatasi cabaran kekurangan sumber manusia yang terbatas dalam sektor pembuatan?

MES merupakan komponen  penting bagi mengatasi  kekurangan tenaga kerja  dalam sektor pembuatan.

MES membantu mengautomasi pengumpulan maklumat, membantu memperkemas operasi agar dapat mengurangkan gangguan bagi tenaga kerja terlatih dan memastikan mereka fokus pada pengeluaran dengan mengautomasi pemantauan proses, mengautomasi pengumpulan data pengeluaran, mengesan prestasi operasi dan meningkatkan produktiviti dengan analitik

 

Bagaimanakah MES dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan  terhadap sumber  manusia?

Tujuan utama solusi MES adalah untuk memberikan maklumat yang boleh membantu menambah baik  prestasi di ruang pengeluaran.

MES mengumpulkan data secara langsung dari peralatan dan operator di ruang pengeluaran dalam masa nyata, mengurangkan pengumpulan data secara manual yang tidak tepat dan mengambil  masa.

Dengan maklumat serta-merta yang boleh didapati di hujung jari, kita  boleh menjangka dan menyelesaikan masalah pengeluaran sebelum ia berlaku.

Cerapan masa nyata  juga dapat membantu mengenalpasti  isu kritikal, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kualiti serta perkhidmatan pelanggan.

Kesemua yang terlibat dalam perkilangan dan perniagaan secara menyeluruh boleh mengambil tindakan untuk menambah baik prestasi pembuatan.

Terdapat pelbagai  alatan  yang dapat membantu dalam situasi ini. Antaranya ialah, paparan pengendali yang menunjukkan prestasi semasa kerja yang mereka lakukan, Skor Keberkesanan Peralatan Keseluruhan (OEE), paparan masa nyata menunjukkan prestasi keseluruhan kilang dan papan markah masa rehat.

 

Apakah antara ciri-ciri dan fungsi utama MES yang boleh membantu syarikat mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja dalam sektor pembuatan?

Menerusi Panduan Pengendalian Operasi Visual Digital (Guided Digital Visual Operating Instructions), pengeluar harus mematuhi piawaian kualiti yang spesifik.

Arahan pengendalian visual digital berpandu akan menyokong pematuhan kepada sasaran kualiti dengan mendapatkan maklumat terkini di ruang pengeluaran, mengurangkan kerja semula dan memudahkan komunikasi antara pelbagai jabatan semasa proses perubahan.

Seterusnya, sistem kawalan proses perlu bertindak balas secara fleksibel dan cepat untuk perubahan permintaan pasaran.

Perancangan pengeluaran, proses optimisasi atau jaminan kualiti menuntut aliran maklumat yang berterusan sama ada dari peringkat pengeluaran hingga perancangan dan peringkat perniagaan. MES memastikan data yang didapati tepat dan pantas.

Prestasi pengendali yang dipaparkan dalam masa nyata, memaparkan status masa nyata serta data lama supaya pekerja boleh melihat produk atau sumber yang sering berada di luar piawaian yang boleh diterima.

Responsif yang meningkat bermakna operator boleh mengenal pasti dan bertindak balas dengan cepat kepada penyelewengan dalam pengeluaran, ini membawa kepada penambahbaikan kecekapan.

Paparan ruang pengeluaran dalam masa nyata pula meningkatkan ketepatan inventori dan menyemak ketersediaan bahagian. Tiada lagi berjalan ke ruang pengeluaran.

Ia turut mencipta keterlihatan pada bahagian yang sedang beroperasi dan prestasi mesin yang boleh dilihat oleh operator besar dari jauh dan memantau prestasi pada mesin individu yang membolehkan operator mesin melihat prestasi mesin mereka.

Ini membawa kepada penambahbaikan yang lebih cekap dan proaktif.

 

Adakah MES dapat meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dalam industri pembuatan dan perkilangan?

Ya, pengumpulan data automatik asas boleh membantu meningkatkan produktiviti tenaga kerja. Dengan mengalih keluar keperluan tenaga kerja untuk menulis dan mengira perkara tertentu, mereka boleh memberi tumpuan kepada penghasilan produk.

Apabila digabungkan dengan metrik dalam masa nyata  di ruang  pengeluaran dan keupayaan untuk meminta bantuan secara automatik, ia  boleh membantu dari segi  penambahbaikan produktiviti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya