MR D.I.Y. bantu pelanggan buat pilihan lebih baik - Utusan Malaysia

MR D.I.Y. bantu pelanggan buat pilihan lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) melancarkan inisiatif ‘Pilihan Berbaloi, Pilihlah Jenama MR D.I.Y.’ bermula 1 hingga 30 Jun ini.

MR D.I.Y. dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan inisiatifnya dalam membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih baik dan memanfaatkan lagi ringgit mereka melalui pembelian di cawangan serta atas talian.

Peruncit itu juga turut menawarkan lebih daripada 25 produk dengan diskaun sehingga 30 peratus yang datang pada harga mesra dompet, menepati janji ‘Always Low Prices’

“Kami mempunyai lebih daripada 10,000 jenama rumah dan rangkaian label peribadi yang menampilkan pelbagai jenis keperluan harian yang diperolehi terus daripada pengeluar global yang bereputasi.

“Dengan mendapatkan sumber secara langsung, membeli secara pukal, dan menggunakan analitik data yang ketat untuk menjangka permintaan pelanggan, MR D.I.Y. dapat mengekalkan harga kompetitif produk, sambil memberikan pelanggan jaminan kualiti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pihaknya menyedari kebimbangan pelangganya terhadap kos sara hidup dan inflasi yang semakin meningkat dan memberi tekanan besar kepada belanjawan isi rumah dan mengehadkan pilihan yang tersedia.

“Visi kami adalah untuk membina perniagaan mampan yang memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai selain bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada keperluan harian tanpa perlu risau tentang harga, dan yang lebih penting, tanpa menjejaskan kualiti.

“Inisiatif ini adalah salah satu daripada banyak hari yang kami lakukan dan nisbah kualiti harga inilah yang membuatkan pelanggan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya