Melaka cadang wujudkan Taman Perindustrian Jerman

Melaka cadang wujudkan Taman Perindustrian Jerman

AB. RAUF Yusoh dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Pasca Exco Mingguan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Taman Perindustrian Jerman ekoran kejayaan menarik pelaburan baharu keseluruhan bernilai RM4.5 bilion daripada syarikat yang telah bertapak di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, taman tersebut dicadang bakal dibangunkan di Bandar Teknologi Hijau di Ayer Keroh bagi menempatkan semua syarikat dari Jerman.

“Sesuai dengan perkembangan ini dan sambutan mereka datang ke Melaka, kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah Taman Perindustrian Jerman untuk semua syarikat dari negara itu yang telah dan akan melabur di sini.

“Jadi kita panggil Jerman Industrial Park kerana ini akan menarik minat lebih banyak lagi syarikat dari negara itu melabur di satu tempat yang dikhususkan dilengkapi dengan segala kemudahan infrastruktur,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Pasca Exco Mingguan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Ab. Rauf, Melaka berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM4 bilion hasil Misi Galakan Pelaburan ke Jerman oleh kerajaan negeri diketuainya di tiga lokasi iaitu di Munich, Stuttgart dan Frankfurt dari 27 Mei hingga 5 Jun lalu.

Katanya, tujuan utama misi tersebut adalah untuk mengekalkan Melaka sebagai destinasi pilihan pelaburan yang kompetitif selaras dengan pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan.

Menurutnya, tiga syarikat dari Jerman yang telah beroperasi di negeri ini terdiri daripada Infineon Technologies, Muehlbauer ID Services dan Leuze Electronic telah bersetuju untuk mengembangkan operasi mereka dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM3.6 bilion.

“Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan tiga lagi syarikat baharu dari Jerman yang telah menyatakan hasrat dan minat untuk melabur di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya