PETALING JAYA: Malaysia merekodkan lebihan dagangan ke-37 bulan berturut-turut pada Mei 2023 dengan pertumbuhan dua digit 21.4 peratus kepada RM15.42 bilion. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sejajar dengan permintaan global yang perlahan dan harga komoditi yang lebih rendah, jumlah perdagangan negara susut 2 peratus kepada RM223.8 bilion pada tempoh berkenaan. Katanya, eksport menunjukkan tanda pemulihan dengan mencatatkan pengurangan marginal sebanyak 0.7 peratus kepada RM119.61 bilion berbanding penyusutan dua digit yang direkodkan bulan sebelumnya. Import pula menurun 3.3 peratus kepada RM104.19 bilion. Prestasi perdagangan ini seiring dengan negara serantau lain yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya