PETALING JAYA: Kadar pengangguran pada April 2023 kekal di paras 3.5 peratus, manakala bilangan penganggur terus berkurangan kepada 586,900 orang, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). DOSM berkata, pasaran buruh kekal stabil dengan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh yang disumbangkan oleh pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja dan penurunan berterusan dalam bilangan penganggur. Jelasnya, bilangan tenaga buruh pada April terus meningkat, dengan kenaikan sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.84 juta orang berbanding Mac sebanyak 16.81 juta orang. “Sehubungan itu, kadar penyertaan tenaga buruh naik sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.0 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya