Johor kena rebut peluang eksport tenaga boleh baharu

Johor perlu rebut peluang eksport tenaga boleh baharu ke Singapura

johor
GUNTOR TOBENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor perlu rebut peluang daripada polisi kerajaan pusat membenarkan eksport tenaga boleh baharu (TBB) dengan menyediakan dasar yang mampu menarik pelabur dalam bidang itu terutama industri solar.

Profesor Adjung di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr. Guntor Tobeng berkata, negeri ini mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk menjadi pemain utama dalam TBB, namun beberapa polisi perlu diwujudkan jika ia mahu direalisasikan.

Katanya, ini termasuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sediakan zon untuk dijadikan ladang solar untuk tujuan eksport terutama ke Singapura.

“Kerajaan negeri boleh minta PBT sediakan kawasan untuk pengeluaran TBB yang boleh dieksport ke negara jiran, Singapura.

“Jika Johor boleh menyediakan kemudahan ini, Singapura tidak perlu pergi jauh untuk mengimport TBB dan Johor pula dapat sertai negeri-negeri yang terbabit dengan penghasilan TBB,” katanya ketika menjadi ahli panel pada Forum Bandar Pintar Johor di sini.

Katanya, sekarang tidak ada pelabur yang berani membina ladang solar di Johor kerana kos tanah yang tinggi.

Negeri yang paling banyak menghasilkan TBB berasaskan solar di Malaysia katanya, adalah Perak diikuti Kedah.

Sedangkan permintaan untuk TBB di Singapuran sangat tinggi yang mana mereka kini mengimportnya dari Laos yang dihantar menggunakan grid Malaysia.

Guntor yang juga Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd. berkata, oleh itu kerajaan Johor perlu mengambil pelaung ini dengan menyediakan kemudahan untuk ladang solar kerana negara jiran itu membeli tenaga elektrik dari sumber TBB pada harga yang tinggi.

“Singapura hendak beli pada harga yang tinggi yang mana pelaung ini perlu direbut oleh Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya