PETALING JAYA: Industri farmaseutikal dijangka memindahkan kenaikan kos utiliti dan kadar upah buruh yang tinggi kepada pengguna melalui kenaikan harga jualan produk mereka, menurut penganalisis. Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Chee Kok Siang dalam satu nota penyelidikan berkata, kenaikan surcaj elektrik dan ambang kelayakan untuk kerja lebih masa pekerja yang berkuat kuasa Januari lalu, telah meningkatkan perbelanjaan operasi tahunan syarikat farmaseutikal tempatan. Katanya, sebagai contoh perbelanjaan operasi tahunan Apex Healthcare Bhd. (Apex) sebanyak RM2.1 hingga RM2.7 juta atau 2.2 peratus hingga 2.9 peratus daripada keuntungan bersih 2023. Manakala bagi Duopharma Biotech…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya