PETALING JAYA: Etiqa melancarkan Insurans Kemalangan Diri RAHMAH dan Takaful Kemalangan Diri RAHMAH sebagai menyokong inisiatif ‘Insurans RAHMAH’ dan ‘“Takaful RAHMAH’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Ditaja jamin oleh Etiqa General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad, semua pelan mampu milik ini akan membantu mendorong lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40, untuk memperoleh perlindungan insurans atau takaful. Pelan ini boleh didapati di semua cawangan Etiqa di seluruh negara.
Insurans Kemalangan Diri RAHMAH dan Takaful Kemalangan Diri RAHMAH Etiqa akan memberi pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.
Peserta pelan ini juga mempunyai fleksibiliti untuk membayar premium atau sumbangan bulanan hanya dengan RM5 atau tahunan dengan RM36. Seluruh rakyat Malaysia layak untuk menyertai pelan ini selagi mereka berusia antara 16 hingga 65 tahun dan pelan mereka boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.
Untuk PELAN 1 iaitu bayaran bulanan sebanyak RM5 pelanggan akan mendapat perlindungan kematian akibat kemalangan dan kecacatan kekal akibat daripada kemalangan sehingga RM80,000 di samping elaun pengebumian untuk kes kematian akibat kemalangan RM1,000.
Bagi PELAN 2 iaitu bayaran tahunan sebanyak RM36 akan mendapat perlindungan kematian akibat kemalangan dan kecacatan kekal akibat daripada kemalangan sehingga RM40,000 di samping elaun pengebumian RM1,000.
Kecacatan kekal akibat daripada kemalangan itu ialah Kecacatan Kekal Menyeluruh (TPD), kehilangan seluruh tangan atau tangan daripada pergelangan tangan – satu atau kedua-dua sekali, kehilangan kaki – satu atau kedua-dua sekali dan kehilangan penglihatan – satu atau kedua-dua sekali.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etiqa Insurance & Takaful ,Kamaludin Ahmad berkata: “Etiqa berasa berbesar hati untuk bekerjasama dalam inisiatif ini untuk menawarkan perlindungan insurans dan takaful yang berpatutan kepada semua rakyat Malaysia.
“Insurans dan takaful Kemalangan Diri RAHMAH, Etiqa memberikan pilihan yang mesra bajet kepada rakyat Malaysia yang memberikan ketenangan fikiran kepada mereka. Oleh kerana produk-produk ini adalah pelan perlindungan daripada kemalangan, pemeriksaan perubatan tidak diperlukan dan pemegang polisi serta sijil akan dilindungi secara serta merta setelah selesai membuat pendaftaran.
“Menyokong inisiatif ‘Insurans RAHMAH’ dan “Takaful RAHMAH” oleh Kerajaan ini sejajar dengan visi Etiqa untuk Menjadikan Dunia Lebih Baik atau ‘Making the World a Better Place’.
Pelanggan boleh membuat pendaftaran atau melanggan pelan ini dengan mengunjungi cawangan kami, yang menjalankan proses mengunderait polisi dengan cepat dan mudah sambil mendapatkan nasihat terbaik, yang mencerminkan budaya organisasi Etiqa,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Etiqa Oneline di 1300 13 8888 atau lawati laman www.etiqa.com.my. – UTUSAN