Wakaf Tandan Sawit, Felda sasar kutipan RM19.2 juta - Utusan Malaysia

Wakaf Tandan Sawit, Felda sasar kutipan RM19.2 juta

Bantuan kerajaan kepada Felda tidak akan mencapai matlamatnya jika gagal diuruskan dengan integriti. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM19.2 juta  setahun menerusi inisiatif Wakaf Tandan Sawit.

Inisiatif waqaf itu membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi berkenaan, selain sumbangan tunai dan potongan pendapatan bulanan.

Menurut Felda, inisiatif itu adalah cetusan idea warga peneroka sendiri dan sudah bermula di Felda Kerteh 6, Terengganu yang mana tandan sawit diwakafkan dan nilai jualannya disumbangkan ke Waqaf Felda.

Katanya, inisiatif Wakaf Tandan Sawit itu bersandarkan kepada aspirasi untuk menyemai keberkatan dalam kehidupan warga peneroka dan Felda sebagai sebuah organisasi.

“Malah, hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan, pendapatan peneroka kian bertambah baik menerusi peningkatan purata produktiviti sawit daripada 17.29 tan per hektar pada 2021 kepada 19.43 tan per hektar pada 2022,” katanya dalam kenyataan. 

Ujarnya, seiring dengan peningkatan hasil ladang juga, ia mendorong peneroka meningkatkan amalan jariah mereka melalui sumbangan sedekah dan wakaf.

Oleh itu, peneroka yang berhasrat mewakafkan tandan sawit boleh membuat permohonan dengan pihak Felda dan menyatakan bilangan tandan sawit segar sebelum dihantar ke kilang.

“Bilangan tandan sawit yang masak akan diasingkan, ditimbang dan jumlah nilai daripada tandan akan diwakafkan dan dipindahkan ke akaun Waqaf Felda bagi pihak peneroka.

“Pelaksanaan wakaf ini juga menyokong usaha kerajaan yang menyasarkan wakaf menjadi instrumen yang mampu menyumbang sehingga 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya