PETALING JAYA: Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) merekodkan pertumbuhan signifikan dalam pendapatannya pada suku pertama (S1) berakhir 31 Mac 2023, berjumlah RM200.48 juta, peningkatan 7.82 peratus daripada RM185.94 juta tempoh sama tahun sebelumnya. Pada masa sama, keuntungan selepas cukai (PAT) syarikat merekodkan peningkatan sebanyak 11.5 peratus kepada RM22.63 juta daripada RM20.29 juta tempoh sama sebelumnya. Keuntungan sebelum cukai (PBT) juga tumbuh sebanyak 6.18 peratus daripada RM26.65 juta kepada RM28.29 juta. Menurut Duopharma, peningkatan pendapatan dirangsang oleh jualan yang lebih tinggi kepada pasaran preskripsi farmaseutikal, yang merekodkan peningkatan ketara sebanyak 31.93…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya