PETALING JAYA: RHB Research tidak menolak kemungkinan ringgit boleh mencecah RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sederhana. Dalam laporannya, RHB Research berkata, unjuran tersebut dibuat berikutan sasaran awal jangka pendek ringgit pada 4.60 telah dilepasi semalam, membawa kepada sasaran jangka terdekat yang disemak semula sebanyak 4.70, dengan potensi mencecah paras RM4.75. Katanya, imbangan risiko bagi unjuran akhir suku kedua pada 4.55 hingga 4.65 kini condong ke arah julat lebih tinggi pada 4.65 hingga 4.75. “Dalam jangka sederhana, kami tidak akan menolak pertukaran dolar AS dan ringgit mencapai 5.0.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya