Perodua Alza baharu - Sama tapi tak serupa? - Utusan Malaysia

Perodua Alza baharu – Sama tapi tak serupa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) daripada Perodua ini ternyata menarik perhatian ramai. Para peminat pembuat automotif nasional kedua ini, ternyata bertambah bilangannya apabila memperkenalkan Alza yang telah diperbaharui pada Julai tahun lepas. Generasi Alza yang kedua ini menggantikan Alza terdahulu setelah 13 tahun berada di pasaran tempatan.

Namun, kemeriahan penampilan Alza baharu ini seperti ‘diganggu’ oleh kehadiran Toyota Veloz yang dari segi kosmetiknya, hampir-hampir menyamainya. Begitupun, setelah diselidiki harga jualannya, perbezaan hampir RM20,000 pada tanda harganya Veloz, membuat pasaran ingin mengetahui kenapa “kembar tak seiras”nya ini, berbeza?

Fakta-fakta yang mudah diperolehi sama ada anda mendapatkannya di internet atau laman-laman sosial, atau hanya terus ke mana-mana ruang pameran Perodua dan Toyota untuk melihat dan menilai sendiri perbezaannya. Walau bagaimanapun, selaku media automotif, saya memaparkan hasil pandu uji Perodua Alza 2023 yang telah saya lakukan baru-baru ini.

KOSMETIK
Rekaan luaran Alza menampakkan ciri-ciri garang dan futuristik. Sementara rekaan dalamannya pula tampak eksklusif dengan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit dan fabrik berwarna coklat.
Sistem dan skrin infotainmen serta paparan meter pula seolah-olah kita berada dalam sebuah kereta mewah. Saiz roda Alza (16 inci) serta ketinggian kelegaan muka bumi yang tampak lebih rendah berbanding Veloz sedikit sebanyak memberikan imej sebuah kereta biasa dan lebih ‘sporty’. Namun perkara ini selalu menjadi faktor utama perdebatan antara peminat automotif. Faktor ini juga memudahkan untuk para penumpang seperti kanak-kanak atau warga emas untuk masuk ke dalam kabin kenderaan.

PEMANDUAN
Mengenepikan perbezaan-perbezaan dan membicarakan persamaan spesifikasi kedua-dua model ini, Perodua Alza didatangkan dengan sistem Kombinasi Amaran Pelepasan Laluan (LDW), Pencegahan Pelepasan Lalaun (LDP) dan Kawalan Penetapan Laluan (LKC) yang mana kesemua bantuan pemanduan elektronik ini untuk memastikan anda tidak tersasar daripada laluan semasa memandu.

Sistem Kawalan Jejajah Adaptif akan memberi amaran sekiranya anda terlalu rapat dengan kenderaan di depan atau bersebelahan. Alza juga dilengkapi dengan enam beg udara serta sistem pemantauan titik buta (blind spot monitoring) sekaligus memberikan pemandunya sesuatu kemudahan yang kini bukan lagi dimiliki oleh kenderaan-kenderaan import dan mewah sahaja.

Pemanduan Alza turut dinaik taraf apabila dilengkapi dengan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) termasuk Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan. Ciri-ciri terkini seperti kamera 360 darjah, brek parkir elektronik, brek cakera belakang dan tiga mod pemanduan baharu iaitu mode biasa, ekonomi dan berkuasa.

Rekaan kerusi pemandu dan tetapan stereng saya rasakan agak kurang ergonomik menyebabkan pemandu mudah merasa lenguh terutama sekali apabila mengharungi perjalanan jarak jauh. Pelarasan terhadap stereng Alza ini hanya mampu untuk pelarasan tahap tinggi dan rendah sahaja, tidak seperti Veloz yang boleh dilaraskan secara teleskopik sama ada lebih dekat ke pemandu atau lebih rapat ke ‘dashboard’.

Menurut Perodua, penggunaan bahan api Alza baharu adalah dalam jarak 22km/L. Ini menjadikan Alza merupakan antara kereta yang terbaik dan jimat minyak dalam kelas MPV. Walau bagaimanapun, saya merasakan sekiranya Alz penuh dengan muatan beg-beg dan ahli keluarga (7 tempat duduk), ia mungkin tetap menggunakan bahan api secara komprehensif kerana kapasiti enjin hanya 1.5cc, sungguhpun dibantu oleh sistem peningkatan prestasi secara pertukaran mode pemanduan. Fakta nisbah kuasa terhadap berat kenderaan tetap menjadi tahap pengukur untuk penggunaan bahan api.

KESIMPULAN
Biar apa pun fakta-fakta yang dibentang sekiranya membandingkan Alza dengan Veloz, apa yang perlu anda tahu ialah ia dihasilkan daripada platform yang sama iaitu daripada Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Malah, enjin kedua-duanya adalah sama dengan kuasa kuda 106 dan tork 137Nm.

Maka, saya merasakan perbezaan yang terdapat di antara keduanya masih boleh diterima dan Alza tetap dirasakan sebagai sebuah MPV yang agak berada dalam kelas ‘mewah’ dan futuristik walaupun mempunyai tanda harga yang hampir RM20,000 lebih murah.

Pengendalian atau pemanduannya juga turut memberikan keselesaan dan perasaan keselamatan dalam pemanduan masih boleh dirasakan. Beberapa faktor kekurangan seperti ketiadaan ‘apple carplay’ iaitu aplikasi audio dan peranti iphone mungkin menjadi perdebatan utama bagi sesetengah bakal pembeli, tetapi ia boleh “diselesaikan” di kedai-kedai aksesori kereta.

Begitu juga faktor roda Alza yang hanya 16 inci dilihat tidak bersifat ‘sporty’ namun harus diingat, penggunaan roda yang lebih besar pasti meningkatkan penggunaan bahan api serta sedikit pengurangan prestasi enjin.

Menjanjikan pemanduan yang hampir serupa, tanpa terlalu dibebankan dengan faktor kos pembelian dan hutang bank, Perodua Alza saya rasakan agak berbaloi dimiliki tanpa beberapa aksesori sedikit kelainan yang disediakan oleh jenama satu lagi.

Seperkara lagi, saya menguji pandu Alza versi AV (advance), maka untuk varian Alza yang lain seperti 1.5L HD-CVT dan 1.5L X D-DVT, saya tidak berupaya memberikan komentar sama ada dari segi keberadaan kosmetiknya dan prestasi pemanduan dan enjin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya