PETALING JAYA: NS BlueScope Malaysia, salah satu pengeluar keluli bersalut terkemuka di Malaysia telah menganjurkan Steel Connect Symposium yang pertama untuk memupuk komuniti yang terhubung dalam industri bangunan dan pembinaan Malaysia.
Simposium tersebut mengumpulkan profesional dari bidang seni bina, kejuruteraan dan ukur bahan, selain turut menampilkan perkongsian seni bina selama dua jam oleh Kun Lim, bertajuk A River of Ideas.
Dengan tumpuan kepada perkongsian pengetahuan, simposium ini disokong dengan akreditasi Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) daripada badan kerajaan; Lembaga Arkitek Malaysia (PAM), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM).
Steel Connect Symposium ialah satu inisiatif yang meliputi dua bandar, bermula dari Kuching pada 20 Mei 2023 dan Kuala Lumpur pada 27 Mei 2023.
Seminar tersebut melibatkan lebih 500 profesional bangunan dan pembinaan, berfungsi sebagai platform untuk kepemimpinan industri berhubung, bertukar idea dan bekerjasama memacu inovasi dan kemajuan dalam sektor bangunan dan pembinaan Malaysia.
Presiden Negara NS BlueScope Malaysia, Wong Sen Meng berkata, simposium itu adalah contoh terbaik bagaimana setiap daripada pemain industri memainkan peranan dalam kapasiti profesional masing-masing untuk meningkatkan pertumbuhan komuniti pembina Malaysia.
“Dengan itu, BlueScope akan terus menghulurkan kerjasama yang memudahkan perkongsian pengetahuan yang meluas,” katanya semasa merasmikan simposium tersebut.
Menerusi ceramah selama dua jam oleh Presiden Kun Lim Studio di Seattle, Amerika Syarikat dan Pereka Utama Kun Lim Architect, beliau menceritakan tahun-tahun awal pembentukannya yang sekali gus telah membentuk falsafah pemikiran reka bentuknya, dan bagaimana pengalaman hidupnya membesar di rumah.
Dia kemudian memaklumkan prinsip reka bentuk yang diperolehnya di Universiti Houston, mempengaruhi seni bina, reka bentuk bandar dan kerja perancangan bandar di tempat-tempat seperti Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, Sri Lanka dan sudah tentu, Malaysia.
Simposium tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi kepada profesional bangunan dan pembinaan serta mencetuskan perspektif baharu dalam amalan perancangan seni bina dan reka bentuk.
Sesi itu juga berfungsi sebagai pemangkin untuk rangkaian dan pembinaan perhubungan seluruh industri kerana mereka berhubung dengan individu yang berfikiran sama dan meneroka perkongsian dan idea yang akan menyumbang kepada kesejahteraan dan pertumbuhan industri bangunan dan pembinaan di Malaysia.
NS BlueScope Malaysia kekal komited kepada perkongsian pengetahuan dan pertukaran idea berterusan industri dan telah menyatakan hasratnya untuk menganjurkan lebih banyak webinar dan simposium pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut tentang NS BlueScope Malaysia dan Siri Steel Connect, hubungi menerusi e-mel: [email protected], laman web: www.nsbluescope.com/my/ dan media Sosial: @nsbluescopemy. – UTUSAN