Northport unjur peningkatan penerimaan pukal berbanding kontena - Utusan Malaysia

Northport unjur peningkatan penerimaan pukal berbanding kontena

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Northport (Malaysia) Berhad (Northport) menyasarkan penerimaan pukal lebih banyak berbanding 11.1 juta metrik tan pada 2023 apabila mengunjurkan potensi dagangan tersebut disebalik kelembapan ekonomi global.

Berbanding kontena unit bersamaan 20 kaki (TEU), apabila sektor logistik itu dijangka mengalami penyusutan bukan sahaja di negara ini, bahkan di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, bagaimanapun prestasi Northport berada pada landasan selepas kemampuannya mencatatkan kemasukan kontena TEU lebih 3.33 juta unit pada 2021.

“Unjuran kapal, mungkin rendah berbanding tahun lalu kerana, ketika itu memang tinggi. Kita pecah rekod pada 2021 dan 2022 kurang sedikit. Tahun ini mencabar sebab ada kelembapan ekonomi dunia.

“Tetapi saya rasa separuh kedua tahun ini akan menjadi lebih baik, semuanya bergantung kepada keadaan ekonomi global.

“Rasanya permintaan kurang sedikit seperti di negara Amerika Syarikat, China dan sebagainya, kita bersedia tingkatkan produktiviti dan tambah baik perkhidmatan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut yakin dengan dasar diamalkan Northport iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai elemen dalam laporan kemampanan syarikat bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Azman Shah menjelaskan, Northport mengamalkan dasar ESG sejak 2013 sebagai komitmen syarikat terhadap kelestarian dan tangunggjawab sosial dalam operasi perniagaannya.

“Antaranya penggunaan Electrified Rubber Tired Gantry (E-RTG) untuk operasi pengendalian kontena yang telah menjadikan Northport sebagai pelabuhan pertama di negara ini menggunakan peralatan pengendalian termina mesra alam.

“Malah, Northport juga merupakan pelabuhan pertama mewujudkan Kemudahan Penerimaan Pelabuhan (PRF) di dalam kawasan terminal bagi menyediakan perkhidmatan tambahan untuk penyelesaian pengurusan sisa pepejal kepada kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

“Selain itu Northport juga merupakan pelabuhan pertama di Malaysia yang memasang panel solar di atas bumbung gudangnya. Inisiatif lain termasuk kempen 3R (reduce, reuse, recycle) tahunan syarikat berjaya mengumpul lebih 194 tan metrik barangan kitar semula bernilai RM67,877 sejak dilancarkan pada 2018,” ujarnya.

Beliau menambah, prestasi Northport juga turut disumbang oleh pengiktirafan Panarafan Organisasi Antarabangsa (ISO) 45001 Organisasi Pekerjaan Antarabangsa-Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ILO-OSH) dan ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS), sebagai pelabuhan pertama di negara ini yang menerimanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN