KDNK suku pertama dijangka menyederhana - Utusan Malaysia

KDNK suku pertama dijangka menyederhana

PERTUMBUHAN ekonomi yang lebih tinggi akan membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan minat syarikat teknologi antarabangsa untuk mengukuhkan kedudukan di negara ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka terus menyederhana kepada 5.2 peratus ke 5.7 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 7.0 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, berikutan ketiadaan kesan asas.

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengumumkan pertumbuhan KDNK suku pertama 2023, hari ini.

Maybank Investment Bank berkata, pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini juga dijangka lebih perlahan kepada 4.0 peratus berbanding prestasi tahun lalu pada 8.7 peratus.

“Suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan yang lebih rendah dalam indeks pengeluaran perindustrian (IPI), jumlah indeks perkhidmatan dan nilai kerja pembinaan serta penurunan dalam keluaran minyak sawit mentah.

“Berdasarkan petunjuk ini, kami menganggarkan KDNK suku pertama akan lebih rendah pada 5.7 peratus dan aliran menurun ini berkemungkinan berterusan sehingga suku kedua 2023.

“Ia berikutan indeks pengurusan pembelian pembuatan yang jatuh -5.4 peratus pada April 2023, meramalkan kelembapan selanjutnya dalam keluaran pembuatan serta kemerosotan berterusan dalam pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak -18.2 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam nota kajian.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan pertumbuhan KDNK suku pertama pada 5.2 peratus, berikutan IPI yang lebih perlahan yang dicatatkan pada suku dalam tinjauan.

HLIB turut menjangkakan pertumbuhan akan terjejas oleh kesederhanaan merentas semua sektor.

Penganalisis Felicia Ling dan Nurul Athira Salith berkata, penggunaan swasta dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan sekali gus mengekalkan ramalan pertumbuhan KDNK 2023 pada 4.0 peratus tahun ke tahun.

“Kepantasan pengembangan ekonomi Malaysia dijangka terus menyederhana pada masa hadapan, dengan mengambil kira ketiadaan kesan asas dan permintaan terpendam.

Keadaan kredit global yang lebih ketat, pertumbuhan global yang lebih lemah dan tekanan inflasi juga terus menimbulkan halangan yang ketara kepada aktiviti dan pertumbuhan perdagangan,”katanya.

Bank itu juga menjangkakan penyederhanaan dalam sektor pembuatan, dicerminkan oleh kelembapan dalam IPI pembuatan pada “suku dikaji, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti pembuatan berorientasikan eksport yang lebih perlahan pada suku tersebut, dalam keadaan pertumbuhan global yang lemah dan permintaan antarabangsa yang lemah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya