Harga ikan dijangka naik ekoran pengurangan subsidi diesel - Utusan Malaysia

Harga ikan dijangka naik ekoran pengurangan subsidi diesel

TAI WAI SUN (duduk kanan) menandatangani plak sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-44 Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru sambil disaksikan Pandak Ahmad di Taman Daya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Harga ikan dijangka meningkat dalam waktu terdekat ini ekoran kurang nelayan keluar ke laut untuk menangkap ikan susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel sejak awal tahun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Pembekal Ikan Malaysia, Tai Wai Sun berkata, bermula 1 Januari lalu, subsidi diesel telah dikurangkan daripada 20,000 menjadi 17,000 liter bagi bot kelas C, manakala subsidi bot kelas B  dikurangkan menjadi 12,000 berbanding 15,000 liter.

“Langkah ini telah menjejaskan operasi kami kerana nelayan kelas berkenaan menggunakan kira-kira 8,000 hingga 9,000 liter bahan api untuk perjalanan ke laut. Setiap perjalanan mengambil masa kira-kira lapan hari, manakala subsidi kerajaan hanya boleh menampung kira-kira dua hari perjalanan.

“Oleh itu, nelayan akan membuat keputusan untuk tidak turun ke laut pada 20 hingga akhir bulan ini bagi mengelak kehilangan beribu ringgit nilai minyak,” katanya kepada ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-44 Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru, di Taman Daya, di sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Wai Sun berkata, situasi berkenaan sekali gus akan menyebabkan berlaku peningkatan harga ikan dalam pasaran ekoran kekurangan bekalan 

Dalam pada itu, Wai Sun turut menggesa pembekal dan peniaga menghentikan jualan ikan buntal ekoran beberapa kematian dilaporkan setelah orang ramai memakan ikan berkenaan.

“Kematian pasangan warga emas dari Kluang pada Mac lalu bukanlah kejadian pertama kerana terdapat juga kes serupa  berlaku di Kulai, tahun lalu.

“Ikan buntal mengandungi bahan toksik yang mencukupi untuk mendatangkan maut kepada seseorang apabila mereka tertelan bahan itu dalam jumlah serendah 25 miligram. Sehubungan itu, saya merayu agar penjualan ikan maut itu dihentikan segera bagi mengelak daripadanya terus membahayakan kesihatan dan nyawa pengguna,” jelasnya.

Pada 25 Mac lalu, pasangan suami isteri, Ng Chuan Sing @ Eng Kuai Sin, 84, dan isterinya, Lim Siew Guan, 83, maut selepas memakan ikan buntal goreng. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya