KUALA LUMPUR: Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus baru-baru ini bukanlah bersifat kejam sebaliknya bertujuan mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi. Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, sekiranya OPR tidak dinaikkan ia dibimbangi menyebabkan inflasi berada di luar kawalan dan sekaligus menjejaskan kuasa beli pengguna. “Mana lagi kejam kalau kita punya inflasi berada di luar kawalan? Kalau kadar inflasi kita naik mendadak, semua kuasa membeli setiap orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya