PETALING JAYA: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CCPIT Xiamen Committee/Pusat Dagangan Dunia Xiamen (WTC Xiamen) bagi menggalakkan perdagangan, pertukaran ekonomi, kerjasama pelaburan dan pertukaran teknologi. MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dan Setiausaha Agung CCPIT Committee/WTC Xiamen, You Yu Hong di Ghana, semalam bersempena Perhimpunan Agung Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) ke-53. Irmohizam berkata, kerjasama itu akan memberi manfaat kepada pelaburan, perdagangan, ekonomi dan teknologi di mana kedua-dua pihak akan memanfaatkan kekuatan serta kepakaran masing-masing. Beliau yakin,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya