PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura. Jalinan pembayaran itu akan membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian membuat pembayaran runcit dengan mengimbas kod QR DuitNow dan NETS. DuitNow QR ialah penyelesaian kod QR nasional di Malaysia yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet). NETS QR pula penyelesaian kod QR yang dikendalikan oleh rangkaian pembayaran elektronik Singapura, NETS. DuitNow QR dan NETS QR membolehkan peniaga menerima bayaran daripada pelanggan bank dan pengendali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya