Penduduk PPR Laksamana sambut ‘Raya Serba Baharu’

Penduduk PPR Laksamana sambut ‘Raya Serba Baharu’

raya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri ternyata dapat dirasai, terutamanya untuk lebih 300 orang penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

PPR tersebut telah menjadi tumpuan akhir-akhir ini kerana sebuah filem web terbaru dari peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, MR D.I.Y.

Filem web bertajuk ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’ itu dirakam di PPR tersebut dan dibintangi oleh dua selebriti, Ara Johari dan Wani Kayrie. Mereka bersaing dalam cabaran menghias rumah di PPR itu.

Filem web selama empat minit tersebut menyaksikan setiap seorang dari mereka menghias sebuah rumah di PPR, dan rumah yang paling banyak mendapat ‘like’ di media sosial menjadi pemenang dalam pertandingan itu.

Rumah-rumah tersebut milik seorang ibu tunggal anak tujuh dan sebuah keluarga kurang upaya. Filem yang menyentuh perasaan itu berakhir dengan pengajaran berguna tentang kepentingan mengingati untuk menyumbang dan membantu kepada mereka yang memerlukan pada musim perayaan.

Sebagai tanda terima kasih kepada penduduk PPR yang turut mengambil bahagian dalam penggambaran filem web itu, MR D.I.Y. telah menggerakkan para sukarelawan MR D.I.Y.

Cares untuk membantu mengedarkan beg hadiah yang berisi barangan keperluan rumah dan bubur lambuk kepada penduduk, serta baucar tunai untuk membeli-belah saat akhir bagi persiapan Hari Raya.

Acara itu turut  menampilkan tayangan khas filem web ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’, dengan kehadiran selebriti Wani Kayrie.

Filem web ini telah mendapat lebih dua juta tontonan di platform media sosial MR D.I.Y. dalam masa dua hari selepas dilancarkan.

Mengulas tentang inisiatif ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Inisiatif ‘Raya Serba Baharu’ ini telah menjadi pengalaman yang istimewa bagi kami semua di MR D.I.Y. Ia bukan sahaja memberi kami peluang untuk berkongsi mesej penting tentang memberi dan berkongsi semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, tetapi juga menghasilkan impak yang bermakna kepada masyarakat di PPR Laksamana.

“Ini sememangnya penting dalam matlamat kami untuk menambah nilai dalam kehidupan rakyat Malaysia, dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti PPR atas penglibatan aktif mereka dalam projek ini.”
Presiden Surau PPR Laksamana, Abdul Halim Abdul Aziz, berkata, “Kebanyakan penduduk di sini adalah dari keluarga pendapatan rendah, dan sumbangan daripada MR D.I.Y. amatlah kami hargai.

“Terima kasih MR D.I.Y. kerana memilih PPR Laksamana untuk menjayakan filem web ini dan pada masa yang sama memberi nafas baharu kepada dua buah rumah milik penghuni-penghuni kami yang istimewa. Terima kasih MR D.I.Y.!”

Tonton filem web yang menyentuh hati ‘Raya Serba Baharu’ di platform rasmi MR D.I.Y. di Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok. Tonton versi penuh di sini: https://www.youtube.com/watch?v=TtdC1556DaE.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., lawati laman webnya, mrdiy.com, platform e-dagangnya, mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya, Facebook, Instagram, dan TikTok.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya