NEV pertama Proton sedia dilancar suku keempat ini - Utusan Malaysia

NEV pertama Proton sedia dilancar suku keempat ini

smart #3 akan dilancarkan akhir tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton akan memasuki pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia tidak lama lagi bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan negara menjadi hab serantau untuk kenderaan generasi akan datang (NxGV).

Langkah pertamanya ialah melancarkan Proton X90 berkuasa hibrid ringan diikuti dengan pengenalan smart #1.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton, dan Pengerusi, PRO-NET, Dr Li Chunrong berkata, Proton ialah pengimport dan pengedar rasmi untuk jenama smart di Malaysia dan Thailand, satu jawatan yang disandang melalui anak syarikatnya PRO-NET, dan akan melancarkan tawaran pertamanya smart #1 di Malaysia pada suku keempat ini.

Ujarnya, pemeteraian dokumen Perjanjian Pendahuluan dengan Geely awal bulan ini dan seterusnya lawatan Menteri MITI ke kilang pintar Zeekr, pihaknya mempertimbangkan untuk mempercepatkan pengenalan model tersebut.

“Memandangkan ia akan menjadi model EV pertama kami, terdapat banyak bidang yang memerlukan perancangan rapi sebelum pelancaran smart #1 pada suku keempat tahun ini.

“Sumber kami tertumpu sepenuhnya untuk memastikan pengenalan pasaran #1 yang lancar dan pelanggan akan menerima sokongan yang diharapkan oleh pembeli produk EV premium,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya telah merekrut pengedar, sedang mengusahakan penyelesaian pengecasan selain mempertimbangkan cara baharu dan inovatif untuk menyampaikan pengalaman jenama selaras dengan nilai teras jenama smart.

“Akhirnya, kami membayangkan PRO-NET menjadi pemacu utama model EV di Proton, bermakna kami juga akan menambah jumlah model smart di Malaysia pada masa hadapan.

Kemasukan jenama kereta nasional Proton ke dalam pasaran NEV terus mendapat momentum apabila ahli pengurusan kanannya menghadiri pelancaran global smart #3 di Auto Shanghai 2023.

Model coupe utiliti sukan itu, iaitu kenderaan elektrik (EV) baharu kedua smart selepas #1 dijangka membuat penampilan pertamanya di Eropah akhir tahun ini sebelum penjualan bermula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya