Mesej MR D.I.Y. dalam filem web Raya terbaharu 

Mesej MR D.I.Y. dalam filem web Raya terbaharu 

FILEM web tema Raya terbaharu MR D.I.Y. menyampaikan pengajaran bermakna tentang nilai memberi dan membantu pada musim perayaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan MR D.I.Y. telah menghasilkan filem web tema Raya terbaharunya bagi menyampaikan pengajaran bermakna tentang nilai memberi dan membantu pada musim perayaan.

Filem web selama empat minit itu memaparkan kisah dua wanita muda yang juga bersahabat sejak zaman kanak-kanak, Ara dan Wanie.

Ara dan Wanie bersaing dalam segala hal termasuk pakaian, hobi, sukan dan pelajaran. Persaingan mereka berterusan sehingga dewasa.

Ia termasuk cabaran untuk menghias rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sempena Hari Raya Aidilfitri, dicetuskan oleh rakan mereka, Ema setelah melihat konflik berpanjangan antara dua rakannya itu.

Menjelaskan rasional di sebalik filem web itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, filem web ini adalah sebagai peringatan bahawa Hari Raya bukan sahaja tentang diri kita dan orang tersayang, malah ia juga tentang membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk dalam melakukan sesuatu perkara sehingga kita lupa untuk mengambil berat, berkongsi dan membantu antara satu sama lain. Dan filem web `Raya Serba Baharu-Barulah Raya’, menghidupkan mesej ini,” katanya dalam kenyataan.

Goh berkata, syarikat bekerjasama bersama dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari dalam filem web itu, dan amat berbesar hati kerana mereka turut menyertai syarikat dalam sebuah program impak komuniti untuk komuniti di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Orang ramai boleh menonton filem web itu di platform rasmi MR D.I.Y. di Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya