Khazanah jual seluruh pegangan dalam Iskandar Malaysia Studios - Utusan Malaysia

Khazanah jual seluruh pegangan dalam Iskandar Malaysia Studios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat tujuan khas milik penuh Khazanah Nasional Berhad, Granatum Ventures Sdn. Bhd., telah memeterai perjanjian penjualan saham definitif untuk melepaskan 100 peratus pegangannya dalam Iskandar Malaysia Studios Sdn. Bhd. (IMS).

Ia telah menjual pegangan kepada Studio Management Services Sdn. Bhd. (SMS) untuk menarik pelaburan asing serta membawa faedah ekonomi dan sosial kepada Malaysia.

Khazanah berkata, SMS ialah konsortium yang diketuai oleh pasukan pengurusan Malaysia semasa dengan kerjasama GHY Culture & Media Holding Co. Ltd. Singapura dan anak syarikatnya, GHY Culture & Media (Malaysia) Sdn. Bhd..

Khazanah juga berkata, SMS dijangka meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh Iskandar Malaysia Studios kepada industri, serta memudahkan perkongsian masa depan dan peluang penerbitan untuk Malaysia.

“Kerjasama usahawan Malaysia dan rakan serantau yang berkebolehan akan memangkin pertumbuhan dan pembangunan ekosistem di Iskandar Malaysia Studios. 

“Perkongsian itu akan menyumbang kepada penggunaan studio yang lebih tinggi oleh pemain serantau dan global,” katanya dalam satu kenyataan. 

Katanya, itu akan menyokong ekosistem penerbitan tempatan dengan kapasiti lebih baik bagi menarik banyak penerbitan dan perkongsian saluran penerbitan kandungan.

“Khazanah kekal komited untuk mengekalkan manfaat limpahan ekonomi yang positif kepada ekonomi sosial di samping menyelaraskan kepentingan strategiknya untuk memajukan Malaysia, memastikan penciptaan nilai, pembinaan kapasiti dan impak kemasyarakatan kepada negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya