Jaringan Eki hampakan Perak

Jaringan Eki hampakan Perak

PEMAIN Perak FC, Shafizi Iqmal (kiri) cuba melepasi halangan pemain Negeri Sembilan FC, Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mohd. Shahrel Fikri Md. Fauzi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69 untuk membantu Negeri Sembilan FC mengikat Perak FC 1-1 dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Perak sebentar tadi.

Biarpun keputusan itu menghampakan kem Perak tetapi satu mata dikutip pasti lebih bermakna daripada tiada langsung.

Perak FC bagaimanapun harus berterima masih kepada Shahrel Fikri yang lebih dikenali dengan gelaran Eki apabila mensia-siakan tiga peluang keemasan untuk Negeri Sembilan pulang dengan mata penuh.

Apapun satu mata yang dikutip harus menceriakan jurulatih kedua-dua pasukan iaitu Datuk Lim Teong Kim dan K. Devan.

Pada perlawanan seimbang itu, kedua-dua pasukan mempamer aksi cemerlang.

Ketika permainan baru berusia tiga minit, tuan rumah melakukan kejutan dengan menjaring gol pendahuluan melalui Muhamad Alif Zikri.

Pemain itu memanfaatkan hantaran rakan sepasukan untuk menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Negeri Sembilan bangkit dengan asakan bertali arus tetapi nasib nyata tidak menyebelahi mereka apabila palang gol menjadi penghalang pada minit ke-23.

Pasukan Hoben Jang Hoben meneruskan asakan mereka di babak kedua dan usaha mereka akhirnya berjaya untuk menafikan kemenangan tuan rumah melalui Eki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya