BENGALURU: Harga emas naik lebih tinggi, dibantu oleh kelemahan dolar berikutan data inflasi AS yang lebih perlahan daripada jangkaan, sekali gus memungkinkan Rizab Persekutuan AS (Fed) menghentikan sementara kenaikan kadar faedah, lapor Reuters. Dalam sesi dagangan pagi ini, emas spot naik 0.1 peratus kepada AS$2,017.19 (RM8,899.86). Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) turut meningkat 0.4 peratus kepada AS$2,032.50 (RM8,967.41). Indeks dolar turun 0.1 peratus, menjadikannya lebih murah bagi pembeli yang memegang mata wang lain. Semalam, harga emas melonjak lebih 1 peratus selepas data menunjukkan indeks harga pengguna AS meningkat 0.1…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya