PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) bagi menyediakan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji. Penyelesaian itu bagi jemaah yang ingin mengambil pakej haji melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga merupakan ahli Bumitra. MoU itu bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah. Bidang kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya