PETALING JAYA: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, SCIB Industrialized Building System Sdn. Bhd. (SCIBIBS), telah dianugerahkan subkontrak bernilai RM16.8 juta bagi pembinaan sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak. Syarikat itu dalam kenyataan berkata, subkontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) itu diperoleh daripada Majestika Sdn. Bhd. (Majestika) yang merupakan kontraktor utama projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Tambay. Katanya, projek berkenaan bagi tempoh 14 bulan. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman, projek itu dibuat selepas syarikat dianugerahkan projek membina semula sebuah sekolah di Serian, Sarawak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya