Setiap individu yang mempunyai pekerjaan serta keluarga mengimpi untuk memiliki kediaman sendiri bagi keselesaan serta jaminan masa hadapan. Bagaimanapun kenaikan harga rumah yang berlaku saban tahun melahirkan kebimbangan sama ada mereka mampu atau tidak untuk memiliki kediaman sendiri. Tidak cukup daripada itu, cadangan segelintir pihak agar tempoh pembiayaan rumah dipanjangkan ekoran harga rumah semakin mahal juga dilihat tidak relevan malah dibimbangi membebankan peminjam dan ahli keluarga. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan harga rumah mampu milik baharu dijangka meningkat antara 20 hingga 25 peratus ekoran peningkatan terhadap permintaan dan kos bahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya