TANJUNG MALIM: Pengeluar kereta nasional, Proton melakukan penambahan terbaharu di kilangnya di sini dengan melancarkan rangkaian stamping atau penghentakan panel badan kereta dengan daya tekanan sehingga 2,500 tan bernilai RM140 juta. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, kemudahan baharu itu dapat mengurangkan pengimportan komponen sebanyak 115,000 unit setahun berikutan kemampuannya menghasilkan 50 komponen unik. Menurutnya, rangkaian stamping baharu itu akan meningkatkan lokalisasi dan mengurangkan pendedahan terhadap gangguan import. “Kerja-kerja pembinaan rangkaian stamping baharu Proton ini bermula pada awal April 2021 dengan pemasangan jentera bermula pada Julai 2022, seterusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya