PUTRAJAYA: Kadar inflasi pada bulan ini dan bulan depan dijangka melonjak susulan sentimen trend pembelian pengguna melakukan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Kebimbangan tersebut disuarakan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada sidang akhbar mengenai Indeks Harga Pengguna Februari 2023 di kementeriannya, semalam. “Kami (Kementerian Ekonomi) amat berdebar menunggu kadar inflasi Mac dan April yang mungkin naik sedikit ekoran permintaan tinggi konsumer sepanjang Ramadan,” katanya. Terdahulu, beliau memaklumkan inflasi pada bulan lalu menunjukkan buat julung kali keadaan kembali mereda selepas tempoh enam bulan mencapai tahap kemuncak pada September 2022 iaitu 4.5 peratus.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya