PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd. Annuar Zaini sebagai Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Perundangan dan Diplomasi dari Tufts University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1977, selain berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat Persekutuan serta Kerajaan Negeri Perak. Pada 1999, beliau memilih bersara secara pilihan daripada jawatan kerajaan untuk menceburkan diri dalam sektor swasta.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya