Gading Kencana intai prospek luar negara

Gading Kencana intai prospek luar negara

GUNTOR Tobeng (berdiri) ketika membuat pembentangan pada Seminar Melestarikan Kedah: Mengurangkan Kos Sara Hidup Melalui Tenaga Boleh Baharu di Alor Setar, semalam. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Syarikat pe­ngendali ladang solar terkemuka negara, Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) mengintai prospek memba­ngunkan teknologi tersebut di luar negara bermula di Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, langkah itu adalah salah satu visi syarikat berkenaan untuk kekal kompetitif dalam industri teknologi solar berkenaan pada masa hadapan.

“Kita sudah mulakan langkah ini dengan mendaftar syarikat di luar negara seperti di Pulau Jawa, Sumatera, Jawa Barat dan Tengah kerana ada permintaan besar di sana. Terdapat banyak permintaan untuk teknologi ini di luar negara iaitu selain di Indonesia juga di Vietnam, Tanzania dan Nigeria.

“Ketika ini Gading Kencana mengeksport panel solar ke luar negara seperti di Nigeria dan sudah masanya kita lebarkan bisnes dengan membuka ladang solar di sana juga,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Seminar Melestarikan Kedah: Mengurangkan Kos Sara Hidup Melalui Tenaga Boleh Baharu di sini semalam.

Guntor berkata, Gading Kencana turut berhasrat untuk membina ladang solar keempatnya di negeri ini dalam tempoh dua tahun lagi.

“Kita sedang mengenalpasti tapak yang bersesuaian untuk membina ladang solar dengan kapasiti 100 hingga 150 megawatt yang akan menelan pelaburan RM400 juta.

“Gading Kencana turut meng­alu-alukan jika ada pihak yang ingin turut serta sebagai rakan kongsi. Lokasi di Jitra, Kubang Pasu sesuai kerana berdekatan dengan kawasan perindus­trian,” katanya.

Ketika ini Gading Kencana mengeluarkan pelaburan besar untuk membuka sebuah ladang solar di Ayer Keroh, Melaka dan Bidor, Perak.

Katanya, syarikat ber­kenaan sedang berusaha untuk bergerak sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan pelepasan karbon sifar bersih pada 2050.

Tambah beliau, kesedaran penduduk negara ini berkaitan penjanaan solar itu ketika ini semakin meningkat sekali gus diyakini menjadi pemangkin industri itu di negara ini.

Menyentuh tentang seminar itu yang dihadiri lebih 30 wakil daripada Jemaah Dato Dato Kedah, katanya, ia merupakan salah satu usaha syarikat berkenaan untuk mendekati pelbagai pihak bagi menjelaskan tentang kepentingan teknologi penjanaan solar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya