PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Bhd. mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlahan kepada 3.5 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding anggaran 5.1 peratus suku pertama. Bank penyelidikan itu berkata, ia berikutan kesan asas yang berkurangan dan apabila ekonomi kembali normal dengan ketiadaan langkah rangsangan. Katanya, ia turut mempertimbangkan kesan kelembapan ekonomi global apabila dasar monetari global semakin mengetat untuk memerangi tekanan inflasi yang meningkat. “Oleh itu, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 sebanyak 4.7 peratus, berbanding unjuran pertumbuhan kerajaan sebanyak 4.5 peratus dan konsensus empat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya