BEIJING: Syarikat minyak China, China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) dilaporkan telah menemui telaga minyak di Laut Bohai dengan simpanan dianggarkan lebih daripada 100 juta tan. Menurut syarikat itu, medan telaga baharu itu boleh menghasilkan lebih daripada 20 juta tan minyak mentah dan lebih dari sembilan bilion meter padu gas asli, lapor Xinhua. China dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah meningkatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan gas domestik kerana permintaan melonjak, didorong oleh kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pantas. Usaha ini telah diterajui oleh syarikat besar milik kerajaan seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya