Andalusia Travel & Tours sasar 81,300 jualan pakej menerusi MATTA Fair - Utusan Malaysia

Andalusia Travel & Tours sasar 81,300 jualan pakej menerusi MATTA Fair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak 81,300 pakej umrah pada pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Fair 2023.

Menurut kenyataannya, pihaknya akan melancarkan pakej baharu serta pelbagai tawaran menarik bagi musim baharu 1445H termasuk pakej Umrah Ziarah Eropah yang akan dimasukkan semula ke dalam senarai pakej Umrah Ziarah Andalusia seperti sebelum ini.

Katanya, Andalusia Travel & Tours menyediakan 26 buah booth di MATTA Fair 2023 bersama-sama syarikat gabungan yang lain seperti Haneen, Vacasia, Faizin, Mahabbaten, Labbaik dan Maqbul. 

“Andalusia Travel & Tours akan menjanjikan kelainan dalam MATTA Fair kali ini yang mana pengunjung akan merasai sendiri suasana ketika berada di Haramain. 

“Teh dan kopi Arab disediakan secara percuma, selain daripada hadiah cabutan bertuah serta pelbagai lagi hadiah menarik yang boleh dibawa pulang,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Andalusia Travel & Tours sudah hampir 22 tahun berada dalam industri pelancongan menawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’, tiket pasti terbang dan hotel yang dipajak untuk menepati janji kepada jemaah. 

Menurutnya, antara syarikat penerbangan yang telah bekerjasama dengan syarikat itu adalah  Malaysia Airlines (MH), Saudia, Etihad Airways, Emirates, Qatar Airways, Turkish Airlines, Oman Air, Air Asia, Royal Brunei dan Batik Air. 

“Kami turut memeterai perjanjian bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi pakej umrah bayar secara ansuran melalui “Umrah Now Pay Later”.

“Ini yang memberi peluang kepada jemaah yang berkeinginan untuk menunaikan umrah namun tidak berkemampuan untuk membayar pakej secara tunai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya