10 Langkah anda perlu tahu sebelum beli rumah - Utusan Malaysia

10 Langkah anda perlu tahu sebelum beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda ingin membeli rumah? Bagi pembeli rumah kedua, pasti sudah tahu selok-belok perkara-perkara yang perlu diikuti sebelum membeli rumah.

Bagaimanapula dengan pembeli rumah pertama? Pastinya tercari-cari apa yang perlu dilakukan sebelum membuat pelaburan besar dalam hidup anda itu.

Menurut PropertyGuru, terdapat 10 langkah yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah baharu. Rumah baharu ya, bukan rumah subsale atau rumah second hand. Langkah tersebut ialah:

1. Tentukan kemampuan kewangan anda.
– Pastikan pinjaman rumah tidak melebihi satu pertiba gaji kasar anda. Contoh, jika anda bergaji RM3,000 sebulan, maka adan tidak sepatunya membayar lebih daripdaa RM900 untuk pinjaman perumahan.

Ini kerana, ada banyak kos lain yang perlu anda ambil kira termasuk bayaran wang pendaluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT) dan banyak lagi.

2. Pilih rumah yang ada mahu.
– Bila sudah tahu pinjaman yang anda mampu, anda boleh mula tinjau-tinjau atau survey rumah.
Antara faktor penting dalam memilih rumah:
– dekat dengan tempat kerja, sekolah
– saiz
– apa kemudahan disediakan
– rumah kawasan berpagar atau tidak
– rumah termasuk kawasan banjir atau tidak

3. Cari peguam hartanah
– Pemaju mungkin ada menawarkan perkhidman guaman secara percuma, jadi mreka peguam mewakili pemaju dan akan mengutamakan pemaju. Anda pun tak wajib melantik peguam sendiri, tetapi kenapa tidak jika ia melibatkan urus niaga ratusan ribu?

4. Fahami dokumen jual beli rumah
– Bila dah pasti rumah nak dibeli, anda kena bayar yuran tempahan (bboking fee) sebanyak 2-3 peratus daripada harga rumah. Jangan bimbang, yuran ini sebahagian daripada downpayment anda.

Bayaran booking fee adalah sekali dengan pengisian Letter of Offer to Purchase, iaitu dokumen rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk membeli rumah tersebut.

5. Buat permohonan untuk pinjaman perumahan
– Nak mohon pinjaman bank, anda perlu tunjukkan resit tempahan yang dibayar kepada pemaju. Bergantung kepada bank yang anda pilih, ini antara dokumen yang perlu disediakan:
*Resit tempahan
*Kad pengenalan/pasport
*Slip gaji
*Penyata bank
*Resit cukai pendapatan
*Penyata KWSP

6. Fahami dokumen pinjaman perumahan
– dokumen pinjaman perumahan (loan agreement) adalah persetujuan antara ada dengan bank.
Tiga perkara paling penting dalam loan agreement adalah jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pinjaman.

7. Tandangan SPA selepas pinjaman diluluskan dan buat bayaran
Anda kena faham kronologi SPA dan pinjaman rumah betul-betul.

Sewaktu hantar Letter of Offer to Purchase, anda kena bayar booking fee sebanyak 2 – 3%. Anda perlukan resit booking untuk memohon pinjaman rumah. Pinjaman biasanya diluluskan dalam 1 – 2 hari. Dalam 2 – 3 minggu selepas Letter of Offer to Purchase, anda kena tandatangan SPA di mana anda perlu bayar jumlah downpayment yang selebihnya. Jadi pastikan permohonan pinjaman siap sebelum tanda tangan SPA. Macam mana kalau pinjaman tak diluluskan? Sesetengah pemaju takkan pulangkan booking fee tadi.

Selain daripada down payment, ini antara perkara-perkara lain yang anda perlu bayar bila menandatangani SPA:
*Duti setem bagi Loan Agreement
*Duti setem bagi SPA
*Duti setem bagi Memorandum of Transfer
*Yuran guaman

8. Lawat lokasi rumah secara berkala
Bila dah tandatangan SPA, lawat proses binaan sekali-sekala untuk tengok perkembangan rumah anda.
Kalau ada apa-apa yang tida sama dengan SPA contohnya keluasan tanah/unit, bahan yang digunakan, malah kalau pembinaan lambat sekalipun, anda boleh bangkitkan dengan pemaju.

9. Pindahan milik rumah kepada anda
Ini dokumen-dokumen yang akhirnya mengesahkan anda sebagai pemilik rumah:
Notis pemilikan kosong (vacant posession) – Adalah bila pemaju bagi anda kunci rumah. Proses ni biasanya mengambil masa 24 hingga 36 bulan selepas menandatangani SPA.
Sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) – Dokumen yang disahkan pihak berkuasa untuk menyatakan yang rumah anda selamat untuk didiami.
Memorandum pemindahan (MOT) – MoT mengesahkan pemindahan hak milik rumah dari pemaju kepada nama anda bagi rumah strata atau rumah individu.

10. Periksa rumah untuk sebarang kerosakan (defect liability period)
Dalam SPA, ada beberapa perkara yang akan melindungi anda daripada sebarang kerosakan pada rumah. Contoh, butiran tentang binaan rumah seperti bahan digunakan, tempoh tanggungan liabiliti, caj untuk sebarang kelewatan di mana anda boleh tuntut denda juka pemaju lambat menyudahkan pembinaan seperti dipersetujui.

SUMBER: PROPERTYGURU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya