DASAR fiskal pada 2023 akan kekal responsif dalam menangani sebarang risiko terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat berikutan ketidaktentuan aktiviti ekonomi global. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu mengimbangi antara keperluan untuk mempercepat momentum pertumbuhan dan mengawal tekanan inflasi dengan meneruskan pengurusan fiskal yang berhemat. Menurut Tinjauan Ekonomi dan Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini, selaras dengan aspirasi Madani, sumber fiskal akan disalurkan ke arah memperkukuh jaringan keselamatan sosial rakyat, menambah baik infrastruktur pendidikan dan pembelajaran dan memperkukuh sektor kesihatan. Selain itu, ia juga akan digunakan untuk memastikan keterjaminan makanan, meningkatkan aktiviti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya