Sime Darby Plantation bebas tuduhan guna buruh paksa - Utusan Malaysia

Sime Darby Plantation bebas tuduhan guna buruh paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Plantation Berhad optimis mereka akan dibenarkan menyambung semula aktiviti eksport ke Amerika Syarikat (AS) selepas pihak berkuasa Kastam AS memutuskan produk yang dihasilkan tidak lagi menggunakan buruh paksa.

“Kami optimis bahawa langkah besar yang telah kami lakukan dalam memperkukuh kualiti hidup tenaga kerja kami tidak lama lagi akan diiktiraf oleh CBP dan kami akan dibenarkan untuk menyambung semula eksport ke negara itu.

“Kami akan keluarkan kenyataan mengenai perkara ini sebaik sahaja pemberitahuan itu diterbitkan secara rasmi di Daftar Persekutuan,” katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengeluarkan siasatan awal buruh paksa pada 28 Januari 2022 setelah memulakan perintah pelepasan penangguhan (WRO) ke atas produk-produk mereka yang ditahan sejak 16 Disember 2022.

Kesannya, Sime Darby Plantation melantik perunding perdagangan beretika untuk mengaudit kemudahannya, dan tahun lalu memperuntukkan kira-kira AS$20 juta (RM85.5 juta) untuk membayar pampasan terhadap pekerja asing dan bekas pekerja yang membayar yuran pengambilan untuk mendapatkan pekerjaan di firma itu.

Menurut Reuters, CBP kini menentukan bahawa produk itu tidak lagi dilombong, dikeluarkan, atau dikilang sepenuhnya atau sebahagiannya dengan penggunaan buruh banduan, paksa, atau kontrak oleh Sime Darby Plantation.

CBP tidak menyatakan bukti yang diterimanya atau sama ada larangan import firma itu sudah ditarik balik.

Sime Darby Plantation adalah antara lapan firma Malaysia yang disekat oleh AS sejak empat tahun lalu kerana dakwaan buruh paksa.

Malaysia pada 2021 mengumumkan rancangan kerajaan untuk menghapuskan amalan menindas seperti ikatan hutang, asrama tidak bersih untuk pekerja, dan kerja lebih masa yang berlebihan menjelang 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya