PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menghimpunkan para pemimpin pemikiran antarabangsa, pakar, peneraju industri, penggubal dasar dan komuniti berkaitan selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai 24 Ogos 2023 bagi membincangkan cabaran peralihan tenaga. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, persidangan Peralihan Tenaga anjuran syarikat utiliti elektrik nasional itu menjadi platform utama Malaysia untuk merangsang penyelesaian dan kerjasama merentasi pelbagai sektor ekonomi dalam menangani peralihan tenaga. Kata beliau, persidangan itu akan menampilkan cara inovatif bagaimana industri dan kumpulan masyarakat berbeza mempercepatkan peralihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya